Tuesday, August 18, 2020

PROGRAM BIMBINGAN DAN SOKONGAN PEMBANGUNAN PEMIMPIN SEKOLAH 2020


19 OGOS 2020 - Makmal Komputer SK Bukit Tumbuh telah dipilih sebagai tempat untuk menjalankan Program Bimbingan dan Sokongan Pembangunan Pemimpin Sekolah - Guru Penolong Kanan HEM Siri 2/2020. Program anjuran Majlis Guru-Guru Besar Daerah Kuala Nerus ini telah dirasmikan oleh Encik Hamid Bin Yahya, Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Nerus.

»»  read more

Thursday, July 23, 2020

MAJLIS LAMBAIAN KASIH, SULAMAN BUDI


23 JUL 2020 - Sempena pertukaran PK Kokurikulm, Ustaz Mohd Fadli bin Yusoff ke sekolah SK Kompleks Gong Badak, satu Majlis Lambaian Kasih, Sulaman Budi telah diadakan pada hari ini. Majlis ringkas ini diadakan untuk mengenang jasa-jasa yang telah beliau curahkan ketika bertugas di SK Bukit Tumbuh. Tempat beliau di SK Bukit Tumbuh akan digantikan oleh Cikgu Asnawi Bin Ghazi. 
»»  read more

Saturday, March 7, 2020

HAPUS PEMBIAKAN NYAMUK AEDES


7 MAC 2020 ( Sabtu )  - Seramai 20 orang murid SK Bukit Tumbuh telah menyertai program hapus pembiakan nyamuk aedes anjuran Pejabat Kesihatan Kuala Nerus hari ini bertempat di dewan SK Bukit Tumbuh. Pameran mini turut diadakan untuk memberi penerangan kepada murid tentang bahaya pembiakan nyamuk aedes dan penyakit demam denggi yang disebabkan oleh nyamuk tersebut. 
»»  read more

GOTONG ROYONG PIBG


7 MAC 2020 - Gotong royong anjuran PIBG SK Bukit Tumbuh hari ini mencatat kehadiran yang menggalakkan dalam kalangan bapa murid. Gotong royong kali ini diadakan untuk memotong pokok  besar yang membahayakan keselamatan murid berhampiran dengan surau sekolah. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih di atas kerjasama PIBG sekolah di atas kerjasama yang diberikan. 
»»  read more

Wednesday, February 26, 2020

KEJOHANAN OLAHRAGA MSSD KUALA NERUS 2020


26 FEB 2020 - Kontijen olahraga SK Bukit Tumbuh dinobatkan sebagai juara keseluruhan kategori sekolah rendah dalam Kejohanan Olahraga MSSD Kuala Nerus kali ke-51 pada kali ini. Pasukan olahraga SK Bukit Tumbuh berjaya memperolehi empat emas, satu perak dan satu gangsa dalam kejohanan yang diadakan di Stadium Olahraga UMT, Gong Badak. Adik Airil Shahmi Bin Adnan dari pasukan SK Bukit Tumbuh turut dinobatkan sebagai olahragawan MSSD Kuala Nerus 2020. Berikut adalah kejayaan yang diperolehi dalam kejohanan pada kali ini :

1. Pingat Emas acara 100m L 12 - Airil Shahmi Bin Adnan

2. Olahragawan MSSD Kuala Nerus 2020 - Airil Shahmi Bin Adnan

3. Pingat Emas acara 4 x 100m L12 ( Rekod baru MSSDKualaNerus )

4. Pingat Emas acara 4 x 200m L12

5. Pingat Emas acara lompat jauh L 12 - Muhammad Umair Ilyas bin Ahmad Saufi.'

Tahniah diucapkan kepada kontijen olahraga SK Bukit Tumbuh.
»»  read more

Wednesday, February 19, 2020

LADAP ASAS GOOGLE CLASSROOM


19 FEB 2020 - Tahniah kepada guru-guru yang berjaya menghadiri LADAP asas penggunaan Google Classroom yang diadakan di makmal komputer SK Bukit Tumbuh pada hari ini. LADAP kali ini merupakan pengenalan kepada Google Classroom yang digunakan dalam pembelajaran digital menggantikan frogvle. Guru-guru diedarkan id Google Classroom masing-masing dan ditunjukkan cara untuk log masuk ke Google Classroom.
»»  read more

Monday, February 17, 2020

MAJLIS PELANCARAN JOM KE SEKOLAH 2020


17 FEB 2020 - Majlis pelancaran  Jom Ke Sekolah 2020 telah disempurnakan oleh KPB Inspektor Mohammad Adzlan bin Zulkifli selaku pegawai perhubungan sekolah pada hari ini. 
»»  read more