Showing posts with label HEM. Show all posts
Showing posts with label HEM. Show all posts

Sunday, March 20, 2022

PEMBUKAAN SEKOLAH SESI 2022/2023


21 MAC 2022 - Sesi persekolahan 2022/2023 telah bermula hari ini. Murid-murid SK Bukit Tumbuh yang hadir pada pagi ini begitu ceria dan bersemangat untuk menghadiri diri ke sekolah. Turut hadir memulakan sesi persekolahan pada kali ini seramai 89 orang murid tahun 1. Kedatangan murid-murid disambut oleh guru-guru di pintu pagar sekolah.  

»»  read more

Tuesday, August 18, 2020

PROGRAM BIMBINGAN DAN SOKONGAN PEMBANGUNAN PEMIMPIN SEKOLAH 2020


19 OGOS 2020 - Makmal Komputer SK Bukit Tumbuh telah dipilih sebagai tempat untuk menjalankan Program Bimbingan dan Sokongan Pembangunan Pemimpin Sekolah - Guru Penolong Kanan HEM Siri 2/2020. Program anjuran Majlis Guru-Guru Besar Daerah Kuala Nerus ini telah dirasmikan oleh Encik Hamid Bin Yahya, Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Nerus.

»»  read more

Saturday, March 7, 2020

HAPUS PEMBIAKAN NYAMUK AEDES


7 MAC 2020 ( Sabtu )  - Seramai 20 orang murid SK Bukit Tumbuh telah menyertai program hapus pembiakan nyamuk aedes anjuran Pejabat Kesihatan Kuala Nerus hari ini bertempat di dewan SK Bukit Tumbuh. Pameran mini turut diadakan untuk memberi penerangan kepada murid tentang bahaya pembiakan nyamuk aedes dan penyakit demam denggi yang disebabkan oleh nyamuk tersebut. 
»»  read more

GOTONG ROYONG PIBG


7 MAC 2020 - Gotong royong anjuran PIBG SK Bukit Tumbuh hari ini mencatat kehadiran yang menggalakkan dalam kalangan bapa murid. Gotong royong kali ini diadakan untuk memotong pokok  besar yang membahayakan keselamatan murid berhampiran dengan surau sekolah. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih di atas kerjasama PIBG sekolah di atas kerjasama yang diberikan. 
»»  read more

Monday, February 17, 2020

MAJLIS PELANCARAN JOM KE SEKOLAH 2020


17 FEB 2020 - Majlis pelancaran  Jom Ke Sekolah 2020 telah disempurnakan oleh KPB Inspektor Mohammad Adzlan bin Zulkifli selaku pegawai perhubungan sekolah pada hari ini. 
»»  read more

Tuesday, January 21, 2020

MAJLIS WATIKAH PERLANTIKAN PENGAWAS 2020


21 JAN 2020 ( SELASA ) - Majlis Watikah Perlantikan Pengawas 2020  telah  dilangsungkan pada hari ini bertempat di Dataran Al Ghazali, SK Bukit Tumbuh. Majlis ini telah disempurnakan oleh Tuan Inspektor Mohammad Adzlan Bin Zulkefli, Ketua Balai, Balai Polis Gong Badak. Seramai  74 orang murid dilantik sebagai Pengawas Disiplin Sekolah, 42 orang  Pengawas Pusat Sumber dan 25 orang  Pembimbing Rakan Sebaya. Tahniah diucapkan kepada murid yang dilantik sebagai pengawas sesi 2020.
»»  read more

Wednesday, January 15, 2020

MAJLIS PENYERAHAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN 2020


16 JAN 2020 ( KHAMIS ) - Majlis penyerahan  Bantuan Awal Persekolahan ( BAP ) 2020 telah berlangsung hari ini bertempat di Dewan Al Farabi, SK Bukit Tumbuh. Majlis disempurnakan oleh Tn Hj Mazuki Bin A. Ghani, Guru Besar SK Bukit Tumbuh. 
»»  read more

Wednesday, January 1, 2020

HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN 2020


1 JAN 2020, Rabu - Murid-murid SK Bukit Tumbuh mula menjalani sesi persekolahan tahun 2020 pada hari ini. Sesi persekolahan pada tahun ini dimulakan dengan perhimpunan pagi bertempat di dataran sekolah bermula jam 7.20 pagi. Ucapan alu-aluan sempena awal persekolahan disampaikan oleh Tn Hj Mazuki bin A. Ghani, Guru Besar SK Bukit Tumbuh. Dalam sesi persekolahan tahun ini seramai 104 orang murid tahun satu telah mendaftar diri untuk belajar di sekolah ini.
»»  read more