SEJARAH

SEJARAH SEKOLAH SK BUKIT TUMBUH

Sekolah Kebangsaan Bukit Tumbuh ( SKBTum ) telah dibuka pada 1 Januari 2000 dengan keluasan 11,7728 ekar dan terletak di kawasan bandar. Nama sekolah diberi berdasarkan lokasinya terletak di kampung Seberang Bukit Tumbuh dan berada di dalam Daerah Kuala Nerus, Terengganu. 

Sebelum penubuhan sekolah ini, kawasan tersebut merupakan kawasan sawah padi penduduk setempat. SKBTum terletak kira-kira 6 kilometer dari Pusat Bandar Kuala Terengganu dan 1.2 kilometer dari dK Bukit Tunggal.

Pada awal penubuhan, sekolah ini diberi gred B oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dan selepas dua tahun penubuhannya telah dinaik taraf kepada gred A. Guru besar pertama mula berkhidmat di sekolah ini adalah Tn.Hj Muda @ Yusof bin Mohamad. Beliau berkhidmat dari awal penubuhan SKBTum ini sehingga 24 Januari 2002.

Sekolah ini mempunyai 3 blok bangunan 3 tingkat dan mempunyai 18 buah bilik darjah serta 2 buah pra sekolah dan sebuah surau. Pada awal penubuhannya seramai 24 orang guru telah berkhidmat dengan murid seramai 442 orang. Pada 31 Mei 2006, guru telah bertambah kepada 35 orang dan murid seramai 557 orang. 

SENARAI NAMA GURU BESAR

1. Tn. Hj. Muda @ Yusof bin Mohamad [ 01.01.2000 - 24.01.2002 ]

2. Tn. Hj. Abdul Rahman bin Mohamed [ 01.04.2002 - 01.01.2007 ]

3. YM. Pn. Hjh. Sharifah Kasmani bt. Syed Akil [ 01.02.2007 - 01.05.2014 ]

4. Pn. Hjh. Mahani bt. Jaafar [ 01.06.2014 - 31.03.2016 ]

5. Tn. Hj. Mazuki b. A. Ghani [ 04.04.2016 - 01.12.2020 ]

6. Pn. Nor Azyan Aminah Binti Othman [ 01.12.2020 - sekarang ]