14 JUL 2022 - Tahniah diucapkan kepada pasukan ragbi SK Bukit Tumbuh kerana berjaya mendapat tempat ke-3 kategori L12 dalam kejohanan ragbi MSSD Kuala Nerus 2022 yang berlangsung pada hari ini di SM Teknik.
Showing posts with label KoKurikulum. Show all posts
Showing posts with label KoKurikulum. Show all posts
Thursday, July 14, 2022
Wednesday, February 26, 2020
KEJOHANAN OLAHRAGA MSSD KUALA NERUS 2020
26 FEB 2020 - Kontijen olahraga SK Bukit Tumbuh dinobatkan sebagai juara keseluruhan kategori sekolah rendah dalam Kejohanan Olahraga MSSD Kuala Nerus kali ke-51 pada kali ini. Pasukan olahraga SK Bukit Tumbuh berjaya memperolehi empat emas, satu perak dan satu gangsa dalam kejohanan yang diadakan di Stadium Olahraga UMT, Gong Badak. Adik Airil Shahmi Bin Adnan dari pasukan SK Bukit Tumbuh turut dinobatkan sebagai olahragawan MSSD Kuala Nerus 2020. Berikut adalah kejayaan yang diperolehi dalam kejohanan pada kali ini :
1. Pingat Emas acara 100m L 12 - Airil Shahmi Bin Adnan
2. Olahragawan MSSD Kuala Nerus 2020 - Airil Shahmi Bin Adnan
3. Pingat Emas acara 4 x 100m L12 ( Rekod baru MSSDKualaNerus )
4. Pingat Emas acara 4 x 200m L12
5. Pingat Emas acara lompat jauh L 12 - Muhammad Umair Ilyas bin Ahmad Saufi.'
Tahniah diucapkan kepada kontijen olahraga SK Bukit Tumbuh.
Thursday, February 13, 2020
Thursday, January 30, 2020
KEJOHANAN MERENTAS DESA MSSD KUALA NERUS 2020
30 JAN 2020 ( KHAMIS ) - Tahniah diucapkan kepada adik Tuan Ahmad Darwish Bin Tuan Noor Mazuki di atas kejayaan muncul sebagai Johan dalam Pertandingan Merentas Desa peringkat MSSD Kuala Nerus 2020 kategori 12.
Wednesday, January 22, 2020
KEJOHANAN CATUR MSSD KUALA NERUS 2020
22 JANUARI 2020 ( KHAMIS ) - Tahniah diucapkan kepada Pasukan Catur SK Bukit Tumbuh ( BTeams ) di atas kejayaan yang diperolehi dalam Kejohanan Catur MSSD Kuala Nerus 2020. Antara kejayaan yang diperolehi ialah Naib Johan P9 , Tempat ke-9 lelaki 12 dan tempat ke-11 Perempuan 12. Secara keseluruhannya pasukan Catur BTeams mendapat tempat ke empat.
Saturday, January 18, 2020
TAHNIAH PASUKAN RAGBI BTEAMS
Saturday, January 11, 2020
SMKIF OPEN CHESS 2020
11 JAN 2020 SABTU - Seramai sebelas orang murid SK Bukit Tumbuh telah menyertai pertandingan catur terbuka peringkat negeri 2020 ( SMKIF Open Chess 2020 ) di SMK Ibrahim Fikri. Dalam pertandingan ini adik Engku Fakhrul Hadi telah berjaya mendapat tempat ke enam. Tahniah di ucapkan kepada pasukan catur BTEAMs.
Thursday, January 9, 2020
KEJOHANAN MERENTAS DESA KALI KE 14
9 JAN 2020 ( Khamis ) - Kejohanan Merentas Desa SK Bukit Tumbuh edisi ke 14 telah berjaya dilaksanakan pada hari ini. Kejohanan ini bermula jam 8.30 pagi yang melibatkan semua murid SK Bukit Tumbuh. Antara objektif kejohanan ini adalah untuk membina kecergasan fizikal dan mental murid-murid melalui aktiviti sukan bagi melahirkan individu yang cergas dan cerdas. Perasmian dilakukan oleh Cikgu Haji Mazuki bin A. Ghani, Guru Besar SK Bukit Tumbuh.
Subscribe to:
Posts (Atom)